Ketika aku sedang duduk di tepi jendela mengenangkan masa lalu, aku teringat dengan peristiwa yang berlaku kepaku aku tiga tahun dahulu. Ketika itu, aku berumur sembilan belas tahun. Peristiwa itu membuatku tersenyum lebar.
Ketika sang suria memancarkan sinar paginya yang indah, aku masih sedang tidur dengan lenyak di atas katilku. Walaupun ibuku sudah kejutku beberapa kali, aku seperti tidur mati. Apabila jam locengku berbunyu, aku terus terjaga dari tidurku. Jam locengku berdering kuat dalam telingaku Aku duduk di katilki dan menggosok mataku. Apabila aku memangdang ke arah jam locengku, alangkah terperanjatnya aku melihat ia sudah pukul tujuh. Sekolah bermula pada pukul tujuh dua puluh dan aku masih belum mandi. Secepat kilat, aku terus memakai bajuku, mengambil begku dan meninggalkan rumahku tanpa memberi salam aku memakan sarapan pagi.
Alhamdulillah, aku sampai ke sekolah tepat pada masanya. Aku terus berlari ke kelasku kerana takut dimarahi oleh guru. Apabila aku masuk kelas, semua orang senyap. Aku terus duduk, dan tunggu untuk guru masuk ke dalam kelas.
"Aishah, kenape semua orang senyapkan diri?" tanyaku kepada Aishah dengan perasaan bingung.
"Kau tidak tahukah? Hari ini Cikgu Zubaidah akan memberitahu kami jikalau kami dapat masuk universiti atau tidak. Takkan kau lupa Fiqah?" jawab Aishah dengan takut.
"Apa? Hari ini? Cikgu Zubaidah tidak beritahu kepada aku apa-apa pun," jawabku dengan terperanjat.
"Takkan kau lupa. Baru sahaja semalam dia beritahu kami. Aku rasa, masa itu, kau sedang menghayal dan memikir tentang benda lain," jawab Aishah.
"Tak mungkin!" pekikku.
Aishah terus senyap kerana Cikgu Zubaidah telah masuk kelas. Kami seua terus berdiri dan menghormatinya. Selepas itu, Cikgu Zubaidah memberitahu kami siapa yang dapat masuk.
"Ali, Suhaila, Liyana, Hidayah, Aishah dan Afiqah, sila ke hadapan sekarang," kata Cikgu Zubaidah.
Nama-nama yang dipanggil itu terus ke hadapan, termasuk aku. Cikgu Zubaidah memberi kami sepucuk surat. Di situ tertulis 'Universiti Nanyang'. Aku dan lain senyum kegembiraan. Aku tidak sangka aku dapat masuk universiti. Kami semua terus meneruskan kelas seperti biasa.
Apabila sekolah sudah tamat, aku terus balik kerana hendak menunjukkan surat itu kepasa ibu bapaku. Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku terfikir-fikir hendak masuk universiti atau berhenti sekolah dan kerja. Fikiran itu bermain di dalam otak fikiranku. Saya rasa, saya mahu berhenti sekolah dan kerja supaya aku tidak menyusahkan ibu bapaku. Tetapi, jikalau saya melepaskan peluang ini, aku tidak akan dapat lagi. Aku hanya berfikir dan berfikir sepanjang perjalanan ke rumah. Apabila aku sampai rumah sahaja, aku terus memberi salam dan beri sepucuk surat itu kepada ibuku. Ibuku terus senyum tanda kesyukuran. Aku hanya melihat matanya yang sedang berair itu.
"Ibu, Diqah dah buat keputusan Fiqah tidak mahu sambung pelajaran ke universiti. Fiqah mahu berhenti sekolah dan kerja supaya Fiqah tidak payah menyusahkan ibu dan ayah. Fiqah nak belajar untuk berdikari," kataku kepada ibuku yang tersayang.
"Fiqah, ini peluang satu-satunya untuk Fiqah ke uniersiti. Fiqah tidak mahu masa depan yang cerah ke? Tetapi, jikalau Fiqah betul-betul tidak mahu sambung belajar, ibu hanya boleh tumpang gembira. Fiqah fikir masak-masak dulu ya, nak?" jawab ibuku dengan suara lembutnya.
Aku terus menghayunkan kakiku ke dalam bilikku untuk meletakkan beg dan fikir masak-masak. Aku baring di atas katilku dan fikir. Aku mahu membuat ibu bapaku gembira denganku. Tetapi, aku juga tidak mahu menyusahkan mereka. Aku fikir dengan masa yang lama. Apabila aku tahu apa yang aku hendak buat, aku terus ke arah ibuku dan beritahunya.
Aku beritahunya bahawa aku akan menyambung pelajaranku ke universiti. Ibuku terus memelukku kerana memilih untuk ke universiti. Aku tidak pernah nampak ibuku gembira sebegini. Walaupun aku telah memlilih untuk ke universiti, aku masih ada perasaan untuk hendak berhenti belajar. Tetapi, aku mahu membuat ibu bapaku gembira.
Beberapa tahun kemudian, aku berjaya menjadi seorang peguam. Setiap bulan, aku akan memberi ibu bapaku duit untuk belanja. Apabila aku keluar universiti, dan sudah dapat ijazah, aku dapat kerja yang sungguh baik. Keputusan bijak yang aku lakukan tiga tahun dahulu itu akan berbeza jikalau aku tidak memilih untuk ke universiti. Apa-apa yang aku ada sekarang semua kerana keputusan itu. Aku dapat sambung belajar dan pada masa yang sama, berdikari dan membuat ibu bapaku gembira.
Tiba-tiba, bahuku ditepuk orang. Lamunanku terhenti. Aku terus menoleh ke belakang. Rupa-rupanya, ibuku yang menepuk bahuku. Dia mengajakku untuk makan malam bersama keluarga. Aku terus berdiri dan menghayunkan kakiku ke kamar mandi untuk mencuci mukaku. Selepas itu, aku terus ke dapur untuk makan bersama keluarga tersayangku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment