Ketika sang suria muda memancarkan sinar paginya yang indah, aku sedang duduk di ambang jendela mengingatkan tentang suatu penyesalan yang sudah lama berlalu. Ia selalu bermain di otak fikiranku. Aku tidak dapat lupakan tentang peristiwa itu. Ketika itu, aku berumur sembilan belas tahun.
“"Adi! Ada orang menelefon Adi! Cepat keluar dari bilik dan jawab panggilan ini!" kata ibu.
“"Sekejap ibu," jawab aku.
Dengan segera, aku menyembunyikan dadahku. Aku terus keluar dari bilik untuk menjawab panggilan itu.
“"Hello, ini siapa?" tanya aku.
“"Eh, ini Hadi la. Mari kita pergi ke tempat sulit kita," kata Hadi.
“"Okay. Tunggu aku di sana ya," jawabku.
Tanpa memberitahu ibuku yang aku hendak keluar, aku terus mengambil semua dadahku dan keluar dari rumahku dengan senyap. Aku memakai kasutku dan terus lari ke destinasiku. Beberapa minit kembudian, aku sudah sampai. Kawan-kawanku semua sedang mengambil dadah dan menghisap rokok. Aku terus duduk dan mengambil dadahku. Pada satu saat, aku terfikir. Mengapakah aku mengambil dadah? Tidakkah aku kasihan kepada ibu bapaku yang bersusah payah bekerja untuk mencari duit dan untuk kami makan?
Aku cuba hendak berhenti, tetapi ia amat susah. Senang untuk bermula, tetapi sukar untuk berhenti. Aku tidak tahu apa yang membuatku mengambil dadah. Aku cuba berhenti, tetapi beberapa saat kemudian, aku mula menggeletar seperti orang yang kurang siuman. Aku tidak boleh tahan dan terus mengambil dadah.
Tiba-tiba, aku terdengar ada bunyi di luar tempat sulit kami. Aku dan kawan-kawanku dengan segera menyembunyikan dadah. Apabila pintu sulit kami terbuka, rupa-rupanya kucing. Ia membuatku terperanjat seketika. Pada kali yang kedua, apabila kami sedang mengambil dadah, ada pengemas ternampak kami. Tanpa membuang masa, dia terus menelefon polis. Dia memberitahu polis mana kami berada.
Beberapa minit kemudian, polis tiba. Kami semua tidak sedar bahawa ada polis. Kami semua tepreranjat. Mereka datang secara tiba-tiba. Kami dihantar ke pejabat polis. Polis meminta nombor telefon ibu bapa kami. Polis terus menelefon ibu bapa kami. Secepat kilat, mereka sampai.
“Tidakkah anda berfikir dua kali sebelum mengambil dadah?” Tanya polis yang berada di sana.
Kami semua senyap. Ibu bapa kami berasa sungguh kecewa dengan kami. Ibu bapaku sungguh marah dan kecewa dengan aku sampai mereka tidak mahu berbual denganku. Pada saat itu, aku berasa sungguh menyesal. Apa yang kami telah buat, kami harus tanggung. Aku dan kawan-kawanku dihantar ke pusat pemulihan. Di situlah kami belajar untuk berhenti mengambil dadah. Kami akan merana di sana tanpa ibu bapa di sisi kami. Itu adalah tempat untuk kami sedar atas kesalahan kami. Aku menangis teresak-esak di dalam pejabat polis itu. Depan kawan-kawanku, ibu bapaku dan polis-polis yang ada di sana. Pada hari itu, aku berjanji, selepas aku keluar dari pusat pemulihan dadah, perangai aku akan berubah. Aku akan menjadi anak yang baik dan tidak akan bergaul dengan orang-orang yang tidak betul.
Tiba-tiba, bahuku ditepuk orang. Lamunanku terhenti. Aku tidak perasan bahawa aku telah mengimbas kembali perkara yang sudah lama berlalu. Rupa-rupanya, anakkau yang menepuk bahuku. Dia hendak bermain bola bersamaku. Aku terus berdiri dan menghayunkan kakiku menuju ke kamar mandi untuk mencuci mukaku. Selepas itu, aku bermain bola bersama anak kesayanganku yang berumur lima tahun.
Wednesday, April 14, 2010
Wednesday, April 7, 2010
Jenis jenis konflik dalam karangan saya
A) JENIS JENIS KONFLIK DALAM KARANGAN SAYA
Jenis Konflik 1: Manusia bertentangan dengan Manusia
Jenis Konflik 2: Manusia bertentangan dengan Masyarakat
Masalah- Ali sudah ibarat kaduk naik junjung apabila dia telah menjadi pengawas sekolah. Dia sudah menjadi hidung tinggi terhadap kawan kawannya. Dia seolah-olah "ketua" antara Abu dan Atan. Sebelum ini, perangai Ali sebenarnya baik hati, bersopan santun dan tidak pernah membantah kata kata guru. Dia juga tidak pernah memekik kepada kawannya. Tetapi, apabila dia telah menjadi pengawas sekolah, semuanya berubah.
Kesan- Apabila ini semua terjadi, Abu dan Atan sudah membenci Ali kerana perangainya yang sangat bongkak itu. Sekarang, Ali sudah tidak mempunyai kawan lagi. Dia sudah berjanji dan berharap bahawa kawan-kawannya akan menyukainya lagi.
B) JENIS JENIS KONFLIK DALAM KARANGAN HIDAYAH
Jenis konflik 1: Manusia bertentangan dengan Manusia
Jenis Konflik 2: Manusai bertentangan dengan Masyarakat
Masalah- Syafiqah adalah pemain bola nasional. Dia lebih meluangkan masanya bermain bola dariapda belajar di sekolah atau di rumah. Kadang kala, dia tidak hadiri sekolah kerana hari sebelum itu, dia ada bola kebangsaan. Apabila peperiksaan akhir tahun sudah tiba, Syafiqah tidak belajar pun. Jadi, dia menulis fomula-fomula di tangannya untuk Matematiks. Apabila ditangkap oleh guru, masalah ini membesar. Masalah ini dibawa ke guru besar, guru disiplin dan juga ibu bapanya.
Kesan- Apabila ini semua terjadi, Syafiqah tidak seperti Syafiqah yang dahulu. Sekarang, dia asyik belajar. Dia boleh fokus dalam pelajaran dan juga bola. Apabila ujian tiba, markah markahnya semuanya bagus bagus. Lebhih tinggi daripada markah Hidayah. Dia dapat membawa pulang kertas ujiannya itu untuk menunjukkannya kepada ibu bapanya.
C) JENIS JENIS KONFLIK DALAM KARANGAN AYUNI
Jenis Konflik 1: Manusia bertentangan dengan Manusia
Jenis Konflik 2: Manusia bertentangan dengan Masyarakat
Masalah

Subscribe to:
Posts (Atom)